Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

Excellence with Morality

__Sertifikasi dan Prestasi__

    Standart ISO 9001:2008 Kepada Universitas Airlangga oleh British Certification International

_Berbagi tak pernah Rugi_

    Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

    ____Hakikat Manusia____

    .: Barang siapa mengenal dirinya, maka ia akan mengenal TuhanNya. Seperti bahasan kita yaitu Awwal- uddin Ma'rifatullah adalah... :. more

    ∞ Akun Facebook & Twitter Kami ∞

..:: Selamat Buat para Pemenang lomba web & blog Mahasiswa Universitas Airlangga Tahun 2015; 1.Mei Budi Utami [FST'12] | 2.Mita Erna Wati [FK'12] | 3.Teguh Bagus Pribadi [FKH'12] | 4.M. Roihan Hanafi [FISIP'12] | 5.Ari Zulaicha [FISIP'12] | 6. Muziburrahman [FPK'14] | => Terimakasih atas kunjungan Anda, jangan lupa kalau mau copy/paste harap cantumkan sumbernya, by : Teguh Bagus Pribadi, http://teguhbaguspribadi-fkh12.web.unair.ac.id, dan Blog ini DIPERBAHARUI sebulan 4x karena kesibukan Perkuliahan ::..

MONOGAMI VS POLIGAMI

diposting oleh teguhbaguspribadi-fkh12 pada 21 April 2014
di Belajar Agama ISLAM - 0 komentar

MONOGAMI VS POLIGAMI

http://4.bp.blogspot.com/_MNCnwN5OkwU/TDU_j4Ol8-I/AAAAAAAABDQ/3nxrh1MQKbM/s320/poligami.jpg

Pembinaan institusi kekeluargaan di dalam Islam bermula dengan perkahwinan. Pada dasarnya perkahwinan adalah sebahagian dari fitrah manusia. Dalam Islam pula perkahwinan itu adalah ibadah.

   

Di dalam sistem perkahwinan Islam, lelaki dibenarkan berkahwin dengan seorang wanita yang dikenali sebagai monogami. Dalam waktu yang sama lelaki tersebut juga boleh berkahwin lebih daripada satu dan tidak boleh lebih daripada empat orang isteri dalam satu-satu masa yang dikenali sebagai poligami.

   

Sebenarnya perjuangan untuk memartabatkan wanita adalah baik dengan syarat selari dengan syariat Islam, namun apa yang dilakukan oleh Gabungan Hak Wanita Dalam Islam adalah sebaliknya. Kempen bertemakan ‘Satu Suami Satu Isteri’ iaitu ‘monogami pilihanku’ adalah berbau ‘anti-poligami’. Sedangkan poligami sebenarnya diharuskan dalam Islam.

   

Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (bila kamu berkahwin dengan mereka) maka dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (QS An-Nisa’: 3)

   

Gabungan tersebut dianggotai oleh 12 pertubuhan yang terdiri daripada Sisters In Islam (SIS), Persatuan Tindakan Wanita (AWAM), Persatuan Islam Dan Keluarga Polis (PERKEP), Puspanita, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Persatuan Pekerja Wanita (PERWANIS), Wanita PERKIM Kebangsaan, Wanita Inovatif Jayadiri (Wijadi), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Wanita Ikram, Women’s Cardicacy Initiative (WCI) dan Pusat Kesedaran Wanita (WCC ).

   

Sesungguhnya gagasan seorang suami untuk seorang isteri sahaja sebenarnya bukanlah satu perkara baru. Gagasan ini telah pun diperjuangkan oleh masyarakat Barat iaitu satu lelaki untuk seorang perempuan yang dipopularkan melalui lagu yang berjudul ‘One Man Women’ sekitar tahun 70an.

   

Mungkin kempen ini wajar berlaku dalam masyarakat Barat atau penganut agama lain selain daripada Islam memandangkan agama lain tidak memperjuangkan peraturan tersebut. Jadi mengamalkannya adalah tidak sah di sisi agama dan undang-undang negara mereka. Sedangkan Islam membenarkan poligami dan mengharuskan umat Islam mengamalkannya. Walaupun begitu, Islam menekankan akan keupayaan untuk berlaku adil yang mesti diletakkan di martabat yang paling tinggi dalam mempraktikkan poligami.

   

Menolak poligami, sebagai peraturan yang ditetapkan Allah SWT, adalah satu bentuk penderhakaan kepada al-Khaliq sekaligus menafikan kebijaksanaan Allah SWT. Bahkan merendahkan Rasulullah SAW kerana Baginda sendiri mengamalkannya. Kata bijak pandai: “Janganlah disebabkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar” kerana dibimbangi penolakan itu nanti akan menyebabkan 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

   

Perintah beriman kepada kitab Allah iaitu al-Quran adalah berkehendakkan kepada kepatuhan yang total dan mutlak. Menidakkan sebahagian daripada kandungannya boleh menyebabkan syahadah seseorang itu gugur.

   

Tidak dinafikan bahawa dakwaan monogami merupakan unsur penting atau jaminan mewujudkan keluarga bahagia dan poligami pula merupakan unsur yang menghasilkan keluarga yang porak peranda adalah tidak begitu tepat. Namun begitu tidak kurang juga perkahwinan monogami yang berantakan. Adakah disebabkan itu perlu pula dilancarkan kempen ‘Hidup Membujang Pilihanku’?

   

Bertindaklah mengikut kewarasan seperti yang disarankan oleh Ketua Wanita Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Dr. Harlina Halizah Siraj. Menurut beliau: “Tindakan gabungan itu untuk memperbaiki keadaan dan status pengalaman poligami tidak jelas sehingga boleh menimbulkan kekeliruan banyak pihak. Kempen itu tidak perlu diadakan kerana suami yang mengamalkan poligami tidak ramai.”

   

Maka janganlah hendaknya kita menilai poligami dari sudut yang negatif kerana berapa ramai keluarga yang berasa bahagia mendapat rahmat daripada poligami. Apa yang perlu diubah adalah sikap manusia itu sendiri, bukannya hukum Tuhan.

   

Dalam isu ini, Senator Jamilah Ibrahim menjelaskan dalam ucapan perbahasan beliau di persidangan Dewan Negara pada 14 April 2003 yang lalu. Menurut beliau, “Kenapa wanita melatah ketika membicarakan isu yang dihalalkan Islam dan berlandaskan keadilan dan hukum syarak? Apabila menyentuh soal agama, kita perlu berhati-hati kerana kalau kita cetek dalam agama, jangan cuba persoalkan hukuman Allah dan peraturan yang digariskan Islam.”

   

Sambung beliau lagi: “Dapatkan pandangan orang arif dalam agama sebelum buat apa-apa kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada logik dan akal semata-mata.” Menurutnya, “Islam agama syumul dan sempurna untuk umat Islam seluruhnya. Islam tidak mengambil kira zaman dulu atau sekarang. Setiap yang ditetapkan syariat ada hikmah untuk wanita dan lelaki. Adakah wanita rela membiarkan perzinaan berleluasa kerana tidak bersetuju dengan poligami? Perzinaan dan pergaulan tanpa perkahwinan juga antara punca berlakunya masalah AIDS. Janganlah umat Islam mengelirukan umat Islam yang lain.”

   

(Sumber: ‘Monogami vs Poligami’ Oleh: Khodam, Majalah Sinar Rohani, Jun 2005)

Tinggalkan Komentar

Nama :
E-mail :
Web : tanpa http://
Komentar :
Verification Code :