Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

Excellence with Morality

__Sertifikasi dan Prestasi__

    Standart ISO 9001:2008 Kepada Universitas Airlangga oleh British Certification International

_Berbagi tak pernah Rugi_

    Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

    ____Hakikat Manusia____

    .: Barang siapa mengenal dirinya, maka ia akan mengenal TuhanNya. Seperti bahasan kita yaitu Awwal- uddin Ma'rifatullah adalah... :. more

    ∞ Akun Facebook & Twitter Kami ∞

..:: Selamat Buat para Pemenang lomba web & blog Mahasiswa Universitas Airlangga Tahun 2015; 1.Mei Budi Utami [FST'12] | 2.Mita Erna Wati [FK'12] | 3.Teguh Bagus Pribadi [FKH'12] | 4.M. Roihan Hanafi [FISIP'12] | 5.Ari Zulaicha [FISIP'12] | 6. Muziburrahman [FPK'14] | => Terimakasih atas kunjungan Anda, jangan lupa kalau mau copy/paste harap cantumkan sumbernya, by : Teguh Bagus Pribadi, http://teguhbaguspribadi-fkh12.web.unair.ac.id, dan Blog ini DIPERBAHARUI sebulan 4x karena kesibukan Perkuliahan ::..

ILMU KETUHANAN -SEMUGA MENDAPAT HIDAYAH

diposting oleh teguhbaguspribadi-fkh12 pada 02 December 2012
di Belajar Agama ISLAM - 1 komentar

MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI


Apa yang ditulis dibawah ialah Pemahaman Fakir sendiri mengenai cara cara Tafakur yang disyorkan oleh Dr Bagindo Muchtar. Barangkali ada perbezaan pemahaman ini i.e …tidak sama dengan pemahaman mereka mereka yang pernah berguru dengan Bapak itu. Yang demikian Fakir meminta pembetulan daripada murid murid Bapak Muchtar. Cara dan pemahaman merekalah yang lebih tepat.
Methodologi Asas :
MEMATIKAN BADAN SEBELUM MATI.


Suasana : Tempat yang hening i.e bebas dari gangguan.

Posisi : Elok duduk diatas kerusi , duduk relaks – kaki dilunjurkan dan kedua tapak tangan diletakkan diatas kepala lutut. Eloklah dalam keadaan terbuka bukan tertangkup.

Lain Lain Eloklah berwudhu dahulu dan bertafakur menghadap Kiblat
Berdoalah agar Allah makbulkan niat dihati. 

Oleh kerana ilmu ini ilmu Dr Bagindo Muchtar, eloklah sedekahkan Fatihah kepada ruhnya.


YANG DILAKUKAN

a. Mengucap Dua Kalimah Syahadah sebanyak 3 x dengan cara yang betul dan berisi.

b. Bersalawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad 3 x

c. Beristighafar dan Berhauqalah sebanyak mungkin

d. Hentikan segala gerak geri anggota badan yang diluar

e. Kosongkan fikiran

f. Mulakan Tafakur iaitu MEMANDANG KEDALAM . Tundukkan kepala, pejamkan mata dan fokuskan pandangan hati kedalam badan kita sendiri.

g. Bawakan zikir ALLAH …ALLAH dengan mengikut masuk dan keluarnya Nafas. 

Cara yang biasa Fakir lakukan ialah bawa zikir Allah masuk bersekali dengan menarik nafas masuk. …tahan nafas itu dan bawa zikir Allah itu mengembara keseluruh badan dari hujung kaki kehujung rambut ..dan hembuskan nafas keluar perlahan –lahan dengan zikir HU

Huraian

Apabila kita matikan kedua gerakan fizikal dan mental…yang masih ada hanyalah gerakan keluar masuknya nafas kita yang telah kita isi dengan 
zikir Allah Hu itu. Gerakan turun naik nafas merupakan gerakan yang tidak dapat dikawal oleh otak.

Apabila kita lakukan perkara diatas ( g ) maka akan berlaku satu gerakan dalaman umpama kejutan letrik ( stroom ) atau badan umpama mengelujut. Inilah reaksi dalaman pertama yang akan kita rasakan.

Jika kita teruskan berzikir rasa tadi akan mengembang menjadikan tangan kita bergerak sendiri, dan terus menerus berkembang hingga kedua tangan kita menggerakkan satu siri pergerakan umpama kita sedang menggayakan bunga bunga silat…dan gerakan bunga silat itu amat indah dan menarik.

h. Ikutilah gerak kedua-dua tangan kita itu dan tumpukan kepada kekuatannya.

i. Lakukan dan bawalah latihan ini berulang – ulang kali sampai kita dapat MENURUTKAN jalannya gerak pernafasan kita itu dari dalam ( dari punca nafas dijantung hingga keluar kehidung i.e Nupus / Tanapas / Anpas / Nafas )

j. Jika mampu dan ada kemahuan, lakukanlah latihan ini setiap hari. Berlatihlah hingga sampai ada pancaran keluar dari hujung jari jari tangan kita…yang bermakna dinding telah tembus dan rahsia telah terbuka.

HURAIAN

Setelah kita dapat menemui Jalannya Pernafasan kita yang turun naik itu yang berasal dari dalam , maka dengan mematikan segala tenaga kita yang ada, kita cuba menurutkan turun naiknya nafas kita itu DENGAN PENGERTIAN kita sudah mula memakai atau menggunakan TENAGA DARI DALAM iaitu tenaga yang membuatkan kita bernafas itu.

Latihan diatas merupakan JALAN PEMISAHAN yang memisahkan antara BADAN dan DIRI ( Nyawa ) atau memisahkan antara AKU dan DIA.

Untuk dapat membawakan sampai mengerti kita hendaklah MENYERAHKAN segala sesuatu yang ada pada kita kepada DIRI YANG BERDIRI DENGAN SENDIRINYA itu ( Nyawa ). Jadikan kita ini sebagai manusia milikNYA dan bukan sebaliknya. DIAlah yang menjadi KITA.

1 Komentar

mohd hafizy

pada : 09 February 2013


"salam...
1)posisi duduk yg lain xde ke?
cntoh:duduk diantara 2 sujud ke.
2) teknik bernafas mesti ada caranya kn? bagaimana caranya? boleh dikongsikn x?
3)berapa lama untuk berjumpa dengan diri?
4) bagaimana nk keluar lepas bertemu dengan diri?
5)macam mana nak tau yang dia tu adalah diri kita? apa soalan2 yg perlu ditanya?"


Tinggalkan Komentar

Nama :
E-mail :
Web : tanpa http://
Komentar :
Verification Code :