Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

Excellence with Morality

__Sertifikasi dan Prestasi__

    Standart ISO 9001:2008 Kepada Universitas Airlangga oleh British Certification International

_Berbagi tak pernah Rugi_

    Teguh Bagus of Veterinary Medicine site v.2

    Siapakah SejatiNya Engkau?

    .: Barang siapa mengenal dirinya, maka ia akan mengenal TuhanNya. Seperti bahasan kita yaitu Awwal- uddin Ma'rifatullah adalah... :. more

    facebook & twitter

DMCA.com Protection Status
..:: Selamat Buat para Pemenang lomba web & blog Mahasiswa Universitas Airlangga Tahun 2014; 1.Muhammad Alhada Fuad [FISIP'11] | 2.Muhammad Fatkhullah [FISIP'11] | 3.Teguh Bagus Pribadi [FKH'12] | 4.Mei Budi Utami [FST'12] | 5.Leo Agung Kurniawan [FISIP'12]| 6. Lutfi Adi Nugroho [FPK'11] | => Terimakasih atas kunjungan Anda, jangan lupa kalau mau copy/paste harap cantumkan sumbernya, by : Teguh Bagus Pribadi, http://teguhbaguspribadi-fkh12.web.unair.ac.id, dan Blog ini DIPERBAHARUI sebulan 4x karena kesibukan Perkuliahan ::..

Jenis KASYAF Dan Tingkatannya

diposting oleh teguhbaguspribadi-fkh12 pada 30 December 2013
di Belajar Ilmu Tasawuf - 0 komentar

Dalam ini kita boleh rungkaikan ilmu ini kepada beberapa definisi dan jenis-jenis kasyaf.perkataan kasyaf sering digunakan dalam perubatan islam.apakah ia benar-benar kasyaf?

Definisi Kasyaf

Apakah itu kasyaf? Kasyaf secara definisi mudahnya ialah kebolehan melihat atau mengetahui perkara ghaib atau perkara alam ghaib, iaitu perkara yang tidak nampak dengan mata kasar.

Lain-lain definisi kasyaf ialah,

Kasyaf bermaksud terbuka, yakni terbuka tabir pemisah antara hamba dengan Tuhan. Kasyaf juga bermaksud Allah membukakan seseorang supaya mampu melihat perkara yang tidak dapat dilihat orang lain.

Definisi kasyaf dari sudut sufi dan tassawuf pula ialah, terbukanya tabir hijab yang selama ini menutup pandangan kepada alam lain.
Telah dikatakan bahawa hijab yang menutup antara kita dengan Allah ada 70 ribu hijab, manakala hijab yang menutup antara Allah dengan kita adalah tiada. Allah akan membuka hijab-hijab ini satu persatu jika kita berusaha menghampirkan diri kepada Nya.

Jenis Kasyaf.

Saya membahagikan jenis kasyaf seperti yang berikut;

a) Kasyaf Haq.- Merupakan kasyaf pemberian dari Allah, di mana Allah telah membuka tabir baginya untuk melihat atau mengetahui perkara yang ghaib. Kasyaf jenis ini adalah kasyaf tanpa adanya keterlibatan makhluk jin. Biasanya kasyaf jenis ini ada dua keadaan dimana;

- Kasyaf tanpa diminta- iaitu Allah memberikan kebolehan kasyaf kepada seseorang yang tidak meminta untuk menjadi kasyaf. Allah berkuasa memberikan apa-apa kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

- Kasyaf yang diminta- iaitu Allah mengabulkan permintaan seseorang yang ingin kasyaf lalu Allah menjadikan orang tersebut kasyaf. Kebiasaannya para mukasyafah (orang-orang yang kasyaf) di jalan ini telah melalui riadah-riadah kerohanian yang telah diijazahkan oleh guru mereka melalui jalan tarekat atau tassawuf. Kebiasaannya juga, mereka tidaklah bertujuan untuk mencari kehebatan dan kelebihan dunia tetapi ingin Ma’rifatullah (mengenal Allah), dan mencapai tahap keimanan yang paling unggul.




Tahap-Tahap Keimanan Yang Dimaksudkan Adalah.

1) Ilmul Yakin = Keyakinan berdasarkan ilmu.
2) Ainul Yakin = Keyakinan berdasarkan penglihatan.
3) Haqqul Yakin = Keyakinan yang Haq tiada bergoyah lagi.
4) Kamalul Yakin = Keyakinan sebenar yang hakiki.

Walaubagaimana pun, kasyaf yang diberikan oleh Allah adalah boleh jadi kerana Allah menyukai kita, atau juga Allah ingin menguji kita dalam bentuk pemberian kasyaf. Namun kita hendaklah menganggap ia sebagai ujian supaya tidak timbul sifat riak, ujub dan sombong dan diri kita.

Oleh itu, bagi menjaga pemberian Allah, dan bagi menjaga diri dari tercemar dengan sifat mazmumah, para Mukasyafah Haq kebiasaannya akan mematuhi etika seorang kasyaf / etika mukasyafah iaitu:

- Merahsiakan bahawa diri seorang kasyaf- kecuali kepada orang yang paling dipercayai sahaja. Dan jika terbongkar sekalipun bahawa dirinya kasyaf, hanya mendiamkan diri, tidak menjawab “ya” dan tidak menjawab “tidak”.

- Merahsiakan segala keburukan orang yang “terlihat” olehnya- Yakni tidak menceritakan keburukan orang lain. Dengan kata lainnya “menjaga aib orang”.

- Menjaga rahsia alam- iaitu tidak sewenang-wenangnya menceritakan apa yang dilihatnya secara kasyaf dengan sebarangan melainkan kepada orang yang paling dipercayai, atau mereka yang ahli dalam bidang ini sahaja.


b) Kasyaf Bathil.- Merupakan kasyaf yang diakibatkan oleh kehadiran makhluk jin dalam tubuh seseorang itu. Tidak kira samada orang itu ada gangguan, seperti asyik atau saka, atau pernah mempelajari ilmu tertentu yang ada keterlibatan jin yang boleh menyebabkan dia kasyaf.

c) Kasyaf Awal Bathil – Merupakan kasyaf yang pada awalnya sahaja kasyaf bathil tapi bertukar menjadi kasyaf tanpa jin. Ini kerana, jin yang menyebabkan seseorang itu kasyaf telah keluar tapi orang tersebut masih lagi mempunyai kebolehan kasyaf. Ini disebabkan mata dalamnya telah terbuka tanpa ditutup. Ibarat jin keluar bilik tapi tidak tutup lampu.


Kategori Kasyaf.

Ada mereka yang mengkategorikan jenis-jenis kasyaf seperti yang berikut;

a) Kasyaf Mata- Kebolehan melihat alam ghaib.
b) Kasyaf Telinga- Kebolehan mendengar alam ghaib.
c) Kasyaf Hati/ Mata Basyirah- Kebolehan mengetahui sesuatu yang tersembunyi.
d) Kasyaf Ladunni- Kebolehan mendapat ilmu secara terus dari Allah.



Saya pula menambah lagi kategori kasyaf seperti berikut;

e) Kasyaf Rasa- Kebolehan “merasa” alam ghaib, dan apa-apa yang berlaku di alam tersebut. Biasanya kasyaf jenis ini saling berintergrasi dengan lain-lain jenis kasyaf yang juga ada pada orang tersebut.


Peringkat-peringkat Orang Yang Mulai Kasyaf

Kebiasaannya, orang yang mulai kasyaf akan melalui peringkat-peringkat yang berikut;

Peringkat Pertama- “Tahu”- Pada peringkat ini, seseorang itu menjadi tahu akan keberadaan atau kejadian alam ghaib.

Peringkat Kedua- “Rasa”- Kemudian, dari peringkat tahu menjadi peringkat rasa, orang tersebut mulai merasai keberadaan dan kejadian alam ghaib.

Peringkat Ketiga- “Dengar”- Kemudian dia akan mulai mendengar bunyi-bunyi yang berasal dari alam ghaib. Bunyi yang mulanya kedengaran sayup-sayup sahaja, kemudian akan meningkat kejelasannya dari masa ke masa.

Peringkat Keempat- “Nampak”- Kemudian beliau akan mula ternampak lintasan-lintasan imej di fikirannya, beransur-ansur akan mulai pandai menggunakan “penglihatan dalam” dan mulai nampak bayangan-bayangan dan bentuk, kemudian pergerakan, kemudian imej bergerak yang kurang jelas, kemudian imej bergerak yang jelas. Akhirnya imej bergerak yang jelas dan terang.

Setiap orang yang mulai kasyaf berbeza, ada yang melalui peringkat-peringkat yang telah disebutkan tadi dengan cepat, manakala ada yang lambat pula. Ada juga yang hanya mendapat sejenis kasyaf sahaja (contohnya hanya kasyaf telinga). Walau apa pun, ada hikmahnya dan sebab musababnya yang Allah sahaja yang tahu.

Pencahayaan Pandangan Kasyaf

Kadangkala, mereka yang menggunakan pandangan kasyaf melihat seolah pandangan mereka di “filter” oleh suatu warna. Ini adalah pencahayaan pandangan kasyaf, atau juga dikenali sebagai “backlight” imej yang dilihatnya. Ialah terbahagi kepada beberapa tahap dan warna;

1) Hitam/ Gelap: Perlu lebih lagi amalan.
2) Biru: Tahap Siti Fatimah.
3) Hijau: Tahap Rasul.

Ada satu tahap yang mesti dielakkan iaitu;

4) Merah: tahap syaitan. Perlu memperbetulkan semula niat amalan.

Kebiasaannya, kasyaf yang mempunyai “backlight’ merah adalah kasyaf bathil yang biasa digunakan oleh bomoh-bomoh. Kasyaf sebegini perlulah dielakkan penggunaannya kerana ada kehadiran jin yang membantu penglihatan kasyaf tersebut.


Melihat Jin, Boleh atau Tidak?

Barangkali anda pernah mendengar penyataan ini;

“Barangsiapa yang mendakwa dirinya mampu melihat jin, maka kami akan mengganggap syahadahnya terbatal kecuali beliau seorang Nabi”.

Ini sebenarnya adalah pendapat Imam Syafie. Akan tetapi, Imam Syafie juga adalah seorang yang kasyaf. Jadi mengapakah beliau mengeluarkan pernyataan begitu?
Ini tidak lain adalah kerana, dengan tegasnya Imam Syafie berkehendakkan para mukasyafah menjaga etika seorang kasyaf, agar “tidak mendakwa diri mampu melihat jin”. Ini adalah untuk menjaga keharmonian masyarakat umum, yang agak kurang memahami hal-hal sebegini. Pernyataan Imam Syafie itu bukanlah bermaksud, hanya seorang Nabi sahaja yang mampu melihat jin, kerana boleh jadi orang yang bukan Nabi juga boleh jadi mampu melihat jin atas pemberian Allah kepadanya.

Mari kita lihat pula satu peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah, iaitu peristiwa Rasulullah di ganggu ifrit ketika solat;

“semasa solat berjemaah, tiba-tiba para sahabat terkejut melihat Rasulullah membuat aksi mencekik sesuatu sambil berkata “Auzibillahi min ka” (bermaksud, “aku berlindung dengan Allah dari mu”), lalu Baginda melepaskan cengkaman tersebut. Selesai solat, para sahabat bertanya kepada Rasulullah apakah yang telah berlaku? Lalu Rasulullah menceritakan “ifrit (atau syaitan, ada pelbagai versi cerita ini), datang kepada ku dengan membawa obor untuk membakarku, lalu ku tangkap ia dan mencekik ia. Ingin sahaja aku mengikatnya di tiang, agar kalian dapat melihatnya dan menjadi permainan anak-anak kecil, lalu aku teringat doa saudaraku Nabi Sulaiman, lalu ku lepaskan ia”.

Kita perhatikan ayat “…agar kalian dapat melihatnya”, bermaksud Rasulullah tidak melarang kita untuk melihat jin, kerana Rasulullah tidak dapat menghalang pemberian kasyaf oleh Allah yang berkuasa memberikan apa sahaja yang dikehendakiNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Cuma apa perlu dijaga dan diperhatikan adalah etika seorang mukasyafah, itu sahaja.

Ps: Ramai juga di antara sahabat Rasulullah yang di izin oleh Allah untuk melihat jin, bahkan ada juga yang sehingga dapat bergelut dengan jin, menangkap jin mencuri kurma, melihat jin terbakar dek kerana Ayatul Kursi dan sebagainya.

oleh : Hamba Allah

Tinggalkan Komentar

Nama :
E-mail :
Web : tanpa http://
Komentar :
Verification Code :